The New Normal Series:

Covid-19: Mempercepatkan Revolusi Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran

 
30 Jun 2020, Selasa
10:00 - 11:00 Pagi
Dibawakan oleh:

ABOUT THE EVENT

Lebih kurang 400 ribu guru dan hampir 5 juta murid terkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam fasa pertama pandemik Covid19. Kajian merekodkan hanya 20 hingga 30 peratus pelajar mengikuti PdP dalam talian semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. Antara faktor penyertaan pelajar yang rendah ialah kekangan pencapaian internet dan peranti. Pengajaran secara konvensional terhenti. Sejauh manakah pandemik COVID19 mempercepatkan revolusi era baru pendidikan negara?

MODERATOR

Dzulfitri Yusof

Editor Kanan Astro AWANI

Editor kanan dan juga penyampai di Astro AWANI, nama Dzulfitri Yusof sinonim dengan pengolahan naratif-naratif penting hal ehwal semasa di Malaysia. Dia juga salah seorang peneraju utama Buletin Awani 7:45.

Sepanjang kariernya di Astro AWANI, antara sumbangan terbesarnya ialah sebagai Penerbit program Agenda AWANI, di mana dia memainkan peranan penting menghasilkan strategi bagi mengupas isu-isu penting dari pelbagai sudut termasuk politik , pendidikan, ekonomi, persekitaran dan hak asasi manusia.

Dia juga terlibat membuat liputan berita tempatan dan antarabangsa seperti tragedi MH370 dan MH17. Dzulfitri mempunyai pengalaman luas mengendalikan konten berkaitan pilihan raya, seperti Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Dia juga pernah mengendalikan acara ASAL 2018 yang dianjurkan oleh Astro AWANI sebagai tukang cerita.

Dzulfitri memegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Universiti Teknologi Mara.

SPEAKERS

Norhailmi Abdul Mutalib

Guru Cemerlang Finalis 50 Guru Terbaik Global Teacher 2020

Norhailmi Abdul Mutalib berasal dari Perlis dan mendapat pendidikan awal di SK Datuk Ahmad Musa (1988 - 1993) dan SMK Agama Arau (1994 - 1998). Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kimia di Universiti Sains Malaysia (1999 - 2005), sebelum menimba pengalaman sebagai guru Sains dan Kimia di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak (2007 - 2014) selama 8 tahun.

 

Kini berkhidmat di SMK Jerlun, Kedah (2015 - kini) sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau berkongsi amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan STEM dalam bilik darjah menerusi blognya, www.cikguhailmi.com sejak 18/11/12) dengan lebih 300 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School. Beliau tersenarai sebagai Finalis Top 50, Anugerah Guru berprestij, Global Teacher Prize 2020 yang berpusat di London pada Mac lalu.

Siti Faridah Matt

Guru

Siti Faridah merupakan seorang guru mata pelajaran Kimia dan Sains yang kini bertugas di SMK Derma, Perlis. Berpengalaman mengajar selama 10 tahun. Cikgu Siti merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beliau juga merupakan Pasukan Penggerak STEM Negeri Perlis,Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis dan AJK komuniti Cikgootube.

Sepanjang musim PKP beliau aktif menyumbang tenaga dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Antara penglibatan beliau adalah beliau menyumbang tenaga untuk video TV pendidikan, program Tuisyen Online Perlis Mengaji dan juga mengadakan kelas secara LIVE STREAMING di youtube channel Cikgu Siti Share.

Beliau seorang guru yang sentiasa berkongsi pelbagai kaedah PDPC secara atas talian. Perkongsian beliau menggunakan konsep video green screen telah tular di twitter. Video beliau berdurasi 22 saat telah mendapat 370 K view dan 8ribu retweet.

Cheryl Ann Fernando

Pengarah, Pemimpin Global School Leaders Malaysia

Cheryl Ann Fernando merupakan Pengarah Pemimpin Global School Leaders Malaysia, sebuah organisasi tanpa keuntungan yang bertujuan memberi kemahiran, pengetahuan dan motivasi yang di perlukan oleh pemimpin sekolah kerajaan untuk meningkatkan sekolah mereka.

Cheryl sebelum ini merupakan seorang Perunding Perhubungan Awam, beliau telah meninggalkan pekerjaannya untuk menjadi guru di bawah program fellowship Teach for Malaysia. Pengalamannya mengajar di sekolah telah diangkat menjadi sebuah  filem tempatan berjudul Adiwiraku  yang mana telah memenangi anugerah Filem terbaik di Festival Filem Malaysia 2017.

Beliau juga baru-baru ini telah dipilih untuk menduduki panel 13 anggota untuk reformasi pendidikan dan kajian semula dasar di bawah Menteri Pendidikan. Cheryl juga merupakan sebahagian daripada kumpulan pertama Pemimpin Yayasan Obama: Asia Pasifik, 2019.

Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman

Timbalan Pengarah,Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum, UKM

Ts Dr Muhammad Helmi Norman adalah Timbalan Pengarah (Inovasi Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran), Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menerajui transformasi e-pembelajaran di UKM. Beliau juga adalah pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Pengajaran dan Inovasi Pembelajaran, Fakulti Pendidikan, UKM dan adalah mantan Penolong Dekan (Pengajaran dan Citra) di fakulti yang meneraju inisiatif revolusi industri ke 4. Bidang penyelidikan beliau adalah pembelajaran digital dan pendidikan futuristik.

Beliau dianugerahkan Apple Distinguished Educator di mana beliau terlibat dalam meneraju konsultasi teknologi pendidikan dalam projek kebangsaan bagi peringkat pendidikan rendah dan tinggi dalam aspek pedagogi digital ekosistem Apple.

Dr Helmi kini adalah ahli lembaga pengarah International Association for Blended Learning yang memacu inisiatif pembelajaran tamadun peringkat dunia."

Faizal Tahir

Penyanyi/Komposer/Penerbit

Faizal Tahir merupakan seorang penyanyi-penulis lagu-penerbit yang mempunyai pengikut yang besar di Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas dan pemilik Faithful Music bagi artis terkenal seperti Zamani, Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Aziz Harun, Sissy Imann dan Amir Masdi. Kerjaya Faizal bermula pada tahun 2006 ketika memasuki program realiti “One in a Million”.

Album solo sulungnya ‘Aku.Muzik.Kamu’ telah memperolehi banyak anugerah seperti Anugerah ERA, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik Anugerah Juara Lagu dan banyak lagi.

Faizal telah merakamkan 5 album studio dan menjadikannya sebagai salah seorang artis yang paling berjaya sehingga kini. Album terbarunya bertajuk “Rojak” telah dihasilkan pada Ogos 2019. Faizal juga terkenal dengan kerja amalnya melalui organisasinya “IAMFAITHMEN”.

1st Floor, 

Exchange Square Annexe

Bukit Kewangan,

Kuala Lumpur

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2020 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png