Rabu, 21 Oktober 2020 11:00 AM   |   The New Normal Series

Melabur Sekarang! Memahami Saham Patuh Syariah

Simpan duit di bawah bantal? Nasihat lapok ini tiada tempat di dalam dunia moden sekarang! Anda perlu memastikan duit anda bekerja keras untuk anda dan cara paling efektif ialah dengan melabur. Sertai webinar khas kami, dianjurkan dengan kerjasama VI College, untuk mempelajari selok-belok pelaburan saham patuh Syariah.

ABOUT THE EVENT

Date and Time
Oktober 21th, 11:00 AM - 12:00 PM
The New Normal Series

MODERATOR

DINO OMAR

Anchor Astro AWANI

Dino Omar ialah seorang pengacara dan penerbit untuk Astro AWANI.

 

Kepakaran beliau khusus kepada pengacaraan program bersama dengan tokoh-tokoh terkemuka daripada pelbagai sektor. Beliau juga terkenal kerana pernah menghasilkan program pemotoran berkelas dunia.


Beliau kini menyelia dan menyediakan kandungan berilmiah untuk ‘LINC | Learn, Interact, Network & Connect’ yang menyediakan pelbagai webinar dan bengkel khas untuk Astro AWANI.

SPEAKERS

HELMY KASIM

Ketua, Pelaburan Syariah, VI College

Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat multi nasional termasuk Bank Pelaburan. Pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar dalam firma penasihat kewangan berlesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti yang menawarkan perkhidmatan penasihat kewangan dan pelaburan patuh syariah yang merangkumi pelaburan saham dan perancangan persaraan.

Beliau juga merupakan ahli Perancang Kewangan Berdaftar Syariah (“Shariah Registered Financial Planner (SRFP)”) yang berdaftar di Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (“Malaysian Financial Planning Council (MFPC)”) dan mempunyai kelayakan untuk Melatih Pelatih oleh MFPC. Beliau juga pernah menulis beberapa artikel mengenai pelaburan.

Beliau percaya bahawa pelaburan saham yang menggunakan kaedah Melabur Nilai merupakan satu proses yang perlu dipelajari oleh setiap orang dalam menangani isu keperluan kewangan dan untuk mencapai matlamat kewangan peribadi serta dapat memberi pelbagai manfaat secara amnya.

DANIEL LIM

Value Investor

Speaker & Trainer, VI College

Daniel Lim adalah seorang pelabur yang mempunyai pengalaman praktikal sebanyak 8 tahun dalam pelaburan hartanah dan saham. Dengan pengetahuan yang begitu luas dalam kedua-dua jenis pelaburan, beliau dapat membina kekayaannya dengan kaedah yang dikenali sebagai “twin turbo” di mana kekayaan peribadinya melonjak dalam masa yang singkat.

Beliau adalah pelabur saham yang tegas dan melabur secara konservatif di mana beliau hanya fokus membeli syarikat yang undervalue dan berkualiti tinggi dengan kelebihan daya saing yang kuat. Beliau percaya bahawa membina kekayaan di pasaran saham adalah dengan memegang syarikat yang baik untuk jangka masa panjang dan membiarkan kekuatan pengkompaunan untuk menggandakan wang anda. Beliau juga percaya pengurusan kewangan bersama-sama dengan pendidikan kewangan adalah kunci untuk mencapai kejayaan kita dalam hidup.

Beliau kini ialah Speaker dan Trainer untuk VI College di mana beliau mengajar value investing kepada ratusan pelajar di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang author untuk komuniti VI App di mana beliau secara aktif berkongsi ilmu pengetahuan pelaburannya kepada para pelabur. Selain daripada meningkatkan kekayaan peribadinya, beliau juga sekarang menguruskan dana persaraan keluarganya sebanyak 7-digit yang terdiri daripada hartanah dan saham. Impian dan misi peribadinya adalah untuk mencapai kebebasan masa dan kewangan serta membantu orang lain merealisasikan impian mereka melalui pelaburan saham.

1st Floor, 

Exchange Square Annexe

Bukit Kewangan,

Kuala Lumpur

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2020 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png