COVID-19: Inovasi Bisnes Anda

Event info

[MODERATOR] 

Nailah Huda, Anchor, Astro AWANI

Nailah Huda antara wajah yang menemani penonton Astro AWANI setiap pagi.


Bermula sebagai penyampai berita dan wartawan pada 2018, kini Nailah salah seorang pengacara AWANI Pagi, program harian yang mengupas berita utama dan isu-isu semasa. Pelbagai isu yang diangkat menerusi program ini, termasuk pendidikan, kesihatan, seni dan budaya. 


Sejak menceburi bidang kewartawanan, Nailah banyak terlibat dalam liputan penting termasuk laporan harian COVID-19, kemelut politik Malaysia tahun 2020 yang melibatkan pertukaran kerajaan, perhimpunan membantah ICERD, dan tragedi tembakan di Christchurch.


Nailah juga pernah mengikuti lawatan rasmi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Ashgabat, Turkmenistan, antara negara paling sukar dikunjungi di seluruh dunia.


Berlatarbelakangkan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dari Queen Mary University of London, kerjaya di Astro AWANI merupakan langkah pertama Nailah ke alam pekerjaan setelah menamatkan pengajiannya pada 2018.


Pendedahan kepada isu-isu sosioekonomi dan fahaman politik di universiti menimbulkan minat Nailah untuk menyelami dunia kewartawanan dengan hasrat untuk membentuk masyarakat yang lebih berpengetahuan, agar bersama-sama melakar masa depan yang lebih demokratik sebagai pembina negara.



Muizz Aziz, Pengasas Bersama INKAA

Muizz Aziz adalah Pengasas Bersama INKAA yang merupakan sebuah perusahaan sosial yang bekerjasama dengan organisasi akar umbi dan mahir/pakar dalam membuat produk berasaskan batik dan mengkuang. Beliau berumur 26 tahun dan berasal dari Dungun, Terengganu. Minatnya tertumpu terhadap pembangunan, seni dan budaya.



Redza Shahid Ridzuan, Eksekutif Kanan, MaGIC 

Redza Shahid adalah Eksekutif Kanan, Perkongsian Strategik di MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). MaGIC memudahkan, mengemudi dan menyediakan ekosistem bagi memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara berinovasi baharu.


Kepakaran Redza yang terdahulu iaitu bidang perakaunan telah membantu sebuah syarikat “Angel Investment” dalam menganalisis dan melabur dalam syarikat-syarikat “startups”. Berbekalkan pengalaman pelaburan dalam startups selama 2 tahun, beliau mengambil keputusan untuk menyertai MaGIC Accelerator Program bagi merealisasikan ideanya dan berjaya melancarkan Grub Cycle secara rasmi.


Beliau percaya dalam pembinaan ekosistem perusahaan sosial yang lestari dengan komuniti yang aktif. Redza kerap berucap di pelbagai acara perusahaan sosial dan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan global seperti Pitch at Palaceedisi Komanwel yang dilangsungkan di hadapan Duke of York pada tahun 2018.


Kini, di MaGIC beliau membantu inovator sosial dari segi peningkatan kapasiti dan pasaran akses.


Additional information

1st Floor, 

Exchange Square Annexe

Bukit Kewangan,

Kuala Lumpur

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2020 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png