Tue, Sep 15 | Webinar @TheNewNormalSeries

PENYALAHGUNAAN DADAH: Pengurangan Kemudaratan

Penyalahgunaan dadah merupakan isu genting. Umumnya tahu kesan dadah mampu mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Namun keperitan bergantung hidup kepada penyalahgunaan dadah ini hanya si penggunanya yang tahu. DAFTAR sekarang dan bincang bersama.
Registration is Closed

Date & Time

Sep 15, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM
Webinar @TheNewNormalSeries

Speakers

Dr Ravi Ramadah, Ketua Penolong Pengarah (Rawatan Perubatan), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Dr Ravi Ramadah bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Rawatan Perubatan) di Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK). Beliau terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan rawatan perubatan bagi orang yang menggunakan dadah di AADK. Beliau juga selalu terlibat dalam perbincangan antara agensi/jabatan kerajaan dan NGO berhubungkait dengan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Antara penglibatan beliau termasuk pembentukan teras Pengurangan Kemudaratan dalam Dasar Dadah Negara 2017, “Drug Treatment Transformation Lab 2017” dan pindaan akta-akta berkaitan dadah. Dr Ravi pernah berkerja di beberapa hospital kerajaan sebelum berkhidmat di AADK.

Haji Ramli, Presiden PENGASIH Malaysia

Lebih dari 30 tahun pengalaman & aktif sebagai aktivis sosial dalam perkhidmatan mencegah & pemulihan penagihan dadah. Antara ahli pengasas & Presiden pertama PENGASIH. Ahli pengasas Malaysian AIDS Council & PROSTAR Malaysia. Aktif dalam advokasi terhadap pindaan Akta Dadah, menjalankan aktiviti pencegahan kepada belia, memperkasakan ibu bapa, membela nasib pengguna dadah serta keluarga. Sering diundang untuk memberikan konsultasi & latihan dirantau Asia Pacfic, termasuk Timur Tengah, Negara ASEAN, Pakistan, Afganistan serta lain-lain.

Prof Dr. Vicknasingam, Pengarah/Profesor Ketagihan di Pusat Penyelidikan Dadah, Universiti Sains Malaysia (USM)

Prof Vicknasingam merupakan Pengarah dan Professor Ketagihan di Pusat Penyelidikan Dadah, Universiti Sains Malaysia. Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Penasihat Ilmiah Laporan Dadah Dunia, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Vienna.

Samantha Chong, Drug Policy Reform Advocate / Peguam

Samantha Chong merupakan bekas timbalan pendakwa raya. Beliau kini adalah seorang peguam dan aktivis pembaharuan dasar dadah. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang undang-undang jenayah dan bekerja rapat denagn komuniti yang terdedah dan terpinggir seperti pengguna dadah dan migran.

[MODERATOR] 

Firdaus Azil, Wartawan, Astro AWANI

Mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan sejak 2008 dengan Utusan Malaysia.

Pada 2010, Firdaus menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan pernah ditugaskan untuk Meja Am, Meja Ekonomi, dan Meja Tugasan Khas.

Pada penghujung 2017, Firdaus telah menyertai Astro AWANI sebagai wartawan penyiaran, dan ditugaskan untuk membuat liputan terhadap Perdana Menteri ke-6, yang juga Pengerusi Barisan Nasional ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Tokyo, Jepun, dan London, United Kingdom.

Pengalaman sebagai wartawan di akhbar, agensi, dan televisyen menjadikan pengalaman beliau lebih pelbagai.

Registration is Closed

Share This Event

1st Floor, 

Exchange Square Annexe

Bukit Kewangan,

Kuala Lumpur

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2020 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png