Wed, Aug 19 | Webinar

Murung ke "Mental" ... Apa Status Anda?

Tidur terganggu, kelesuan, sakit kepala ataupun hilang ingatan jangka pendek mungkin merupakan gejala kemurungan terutamanya semasa COVID-19 ini. Kenalpasti jika anda mengalami masalah kemurungan dan ketahui cara mengatasinya. Jangan tunggu lagi. Daftar SEKARANG!
Registration is Closed
Murung ke "Mental" ... Apa Status Anda?

Date & Time

Aug 19, 2020, 11:00 AM
Webinar

Speakers

Kenny Lim

Pengarah Eksekutif Befrienders

Kenny Lim merupakan Pengarah Eksekutif Befrienders Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun memberi sokongan emosi melalui telefon, e-mel dan secara bersemuka kepada mereka yang ada kemurungan dan perasaan ingin membunuh diri. 

Beliau juga adalah seorang pelatih kepada sukarelawan baharu, dengan tugas melatih dan menyelia mereka untuk bersedia bertugas di talian 24-jam Befrienders. Beliau sering memberi taklimat dan bengkel berkenaan dengan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri kepada orang ramai terutamanya pelajar-pelajar.

Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin

Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Dr Amer Siddiq Amer Nordin merupakan pakar perunding kanan psikiatri di Universiti Malaya. Beliau juga merangkap Pengarah, Pusat Jaringan Masyarakat dan Kelesterian Universiti Malaya (UMCares).

Mendapat ijazah dasar dari University Otago di New Zealand, beliau pulang untuk menjalani latihan perubatan siswazah dan kepakaran di Malaysia. Beliau mendapat Sarjana Perubatan Psikologi dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pelajaran pada ijazah PhD di New Zealand.

Kepakaran beliau adalah didalam bidang psikiatri dan psikiatri penagihan. Beliau merupakan pakar perunding kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam bidang kesihatan mental dan juga penagihan nikotin. Selain dari KKM, beliau juga merupakan perunding kepada badan bukan kerajaan Befrienders KL dan pernah membantu Badan Kesihatan Sedunia (WHO) di dalam isu kesihatan mental dan juga isu berhenti rokok.

Beliau banyak meluangkan masa bersama media massa umum dan altrnatif untuk meningkatkan ilmu dan kesedaran mental di kalangan masyarakat di Malaysia. Selain dari itu, beliau juga terlibat dengan kajian di university dan masih bertugas di Pusat Perubatan (PPUM) dan juga Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC).

Nurhijjah Mat Zin

Kaunselor, Malaysia Mental Health Association (MMHA)

Menerima ijazah kaunseling dari University Malaya pada 2002, pernah berkerja sebagai telekaunselor sambilan selama 4 tahun di DBKL. menyertai MMHA sepenuh masa pada 2003 sehingga kini. 

Terlibat secara langsung dalam program pendidikan keluarga pesakit, program pendidikan dan pemulihan pesakit. Memberi ceramah berkaitan kesihatan dan sokongan kesihatan mental kepada institusi dan organisasi. Menjalankan sesi kaunseling dan konsultasi kepada orang awam. Telah menerima latihan Mental Health First Aider-Australia pada feb 2019 dan terkini menjadi salah seorang intruktor program tersebut untuk standard Malaysia.

Marlina Manaf

Editor, Astro AWANI

Marlina Manaf menyertai Astro AWANI pada 2007. Kariernya dalam bidang kewartawanan berkembang dari seorang wartawan penyiaran, penyampai dan kini menggalas tugas sebagai Editor di bilik berita. 

Sepanjang berkhidmat, Marlina banyak terlibat dalam liputan penting. Ini termasuk Sidang Kemuncak APEC 2009 di Singapura. Liputan paling signifikan dikendalikan Marlina pula adalah MH370, MH17, nahas helikopter Semenyih, tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, nahas bas Genting Highlands serta tanah runtuh Cameron Highlands. 

Membina kerjaya di Astro AWANI umpama merealisasikan impiannya sejak remaja mahu mencipta nama dalam dunia kewartawanan dan penyiaran. 

Berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) dari Universiti Teknologi MARA, Marlina juga merupakan seorang yang lasak dan tidak gentar menyahut cabaran. 

Minat Marlina dalam bidang ini tercetus selepas menonton filem 'Up Close & Personal', yang memaparkan kisah di sebalik tabir bilik berita. Sehingga kini, dia tetap memegang kata-kata watak utama filem itu, Tally Atwater bahawa "You are as good as the stories you tell".

Registration is Closed

Share This Event