Wed, Jul 08 | Webinar

Jaga Alam, Elak Pandemik

Jawatankuasa Pemacu Global mendesak dunia untuk melabur dalam pemuliharaan alam semulajadi. Salah satu sebabnya untuk mengelakkan berlakunya pandemik seperti Covid-19 di masa hadapan. Perbuatan rakus manusia merosakkan alam menyumbang berlakunya pandemik.
Registration is Closed

Date & Time

Jul 08, 2020, 10:00 AM – 11:00 AM
Webinar

Speakers

MODERATOR

Nazri Kahar

Editor Kanan Astro AWANI

Berpengalaman di dalam bidang penyiaran dan kewartawanan selama 25 tahun, Nazri Kahar mengkhusus di dalam liputan khas dan program Ehwal Semasa, Astro AWANI. Bertugas sebagai Editor dan Penerbit Eksekutif di Astro AWANI  sejak penubuhan awal Astro AWANI pada 2008.  

Sepanjang kariernya di Astro AWANI, Nazri Kahar meneraju beberapa siri rancangan khas, liputan berita dalam dan luar negara termasuk siri diskusi khas liputan pilihan raya. Nazri Kahar  berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1995.

SPEAKERS

Tan Pei Chin

Pengasas Bersama, WormingUp

Tan Pei Chin, mempunyai latar belakang bioteknologi dengan ijazah sarjana yang dikhususkan dalam entomologi khusus pada serangga sebagai alat bio kompos sisa organik.

Beliau berpengalaman selama 4 tahun dalam kompos serangga di Mauritius, China dan Malaysia. Beliau juga mempunyai 6 tahun pengalaman dalam projek hijau, termasuk projek menangani kesedaran dan pengurusan pengasingan sampah, pertanian lestari dengan petani, bengkel, ceramah Pendidikan dan penglibatan masyarakat.

Fadly Bakhtiar

Pengarah Program, EcoKnights

Fadly Bakhtiar aktif dalam pelbagai bidang. Beliau merupakan antara peneraju bagi NGO alam sekitar, EcoKnights, pengendali festival filem eko antarabangsa, KLEFF, pengasas jenama pakaian lelaki, LEFTRIGHT ORIGINALS dan deejay muzik yang berbakat.

Di lahirkan di KL, Pengarah Program EcoKnights berumur 37 tahun yang merangkap Pengarah Festival Festival Filem Eco Kuala Lumpur Antarabangsa (KLEFF) yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dan terlibat dalam pengurusan program, kepemimpinan projek dan pengucapan awam.

Selama 13 tahun Fadly berjaya memacu program EcoKnights seperti KLEFF, Anugerah Hijau (Green Awards), Knights of Nature Sustainability Camp yang melibatkan penyertaan para belia, dan usaha lain yang berasaskan masyarakat. Beliau telah melatih dan mengasuh lebih dari 200 pelatih EcoKnights dan beribu sukarelawan muda yang bercita-cita untuk menyumbang kepada arus perdana kelestarian di Malaysia.

Maya Karin

Selebriti, Aktivis Alam Sekitar

Maya Karin, aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001 sebagai pelakon, penyanyi, pengacara, model dan jurucakap produk. Memegang status aktres tersohor tanahair dan pelakon yang bertaraf kelas A, portfolio seninya diserikan dengan pelbagai anugerah, antaranya Pelakon Wanita Terbaik di Espano Terror & Fantasy Film Festival (Spain),  Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 dan pelbagai anugerah lagi.

Didorong oleh pengaruh bapanya, Maya berminat dengan alam sekitar sejak usia muda. Aktif dalam pelbagai kempen untuk perlindungan alam sekitar dan hidupan liar dan sering bekerja dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Tabung Alam Sedunia.

Sebagai aktivis alam sekitar, Maya terus bergiat aktif dengan program seperti MayaLovesNature, bergerak sebagai duta Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, Duta River of Life, Duta Kehidupan liar Perhilitan Malaysia, kempen menetang buli siber dan penyebaran berita palsu  di media sosial dan banyak lagi.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo

Felo Penyelidik Utama, Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), UKM

Ibrahim Komoo, FIGM, FASc, P. Geol, merupakan Felo Utama di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyandang Kursi Profesor Iskandar Malaysia @UTM (2017-2021). Beliau telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran iaitu sebagai Pengarah, LESTARI UKM (1998-2000 dan 2001-2005); Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia (2011-2013); dan Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (2012-2015.)

Bidang kepakaran beliau adalah Kejuruteraan Geologi (tanah runtuh, pengurusan geo-bencana); Geologi Sekitaran (pemuliharaan geo-warisan; geo-pelancongan; geopark); and Pembangunan Lestari (kelestarian alam sekitar; pembangunan lestari wilayah). Beliau juga menjadi rujukan di dalam bidang kelestarian bahasa, terutama bahasa pengajian tinggi. Beliau telah menerbitkan lebih dari 55 buah buku dan 330 kertas saintifik serta aktif menghasilkan penulisan di dalam akhbar dan menerbitkan hampir 200 artikel di dalam akhbar tempatan berkaitan bidang kepakaran beliau.

Sekarang, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Kluster Alam Sekitar & Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia; Naib Presiden, Global Geoparks Network Association (GGN); Pakar dan Penilai, UNESCO Global Geoparks; dan Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark. Beliau telah menerima beberapa anugerah di antaranya Anugerah Langkawi (2009), Science Excellence Award 2012 (Environmental Geology) dari International Union of Geological Sciences (IUGS) (2013); dan Anugerah Personaliti Pelancongan Langkawi (2015).

Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff

Dekan, Fakulti Sains, UTM

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 4 Jun 1961. Mendapat pendidikan awal di Sekolah La Salle Brickfields, Kuala Lumpur (1968-1976) dan Sekolah Menengah Sri Pantai, Kuala Lumpur (1977-1978). Pada tahun 1979 beliau telah ditawarkan biasiswa JPA dan melanjutkan pelajaran ke Percival Whitley College, Halifax, United Kingdom dan seterusnya ke University of Liverpool di mana beliau memperolehi B.Sc Hons pada tahun 1984. Sekembalinya ke Malaysia, beliau terus berkhidmat di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di University of Newcastle Upon-Tyne, UK (1985-1987) dan peringkat PhD di Loughborough University, UK (1993-1996).

Antara jawatan yang telah dipegang di UTM adalah Pengarah, Institut Pengurusan Air dan Alam Sekitar (IPASA) (2009), Pengarah Kanan, Institut Kajian Kelestarian Alam Sekitar (2014) dan Pengarah Kanan, Kajian Saintifik dan Industri, Institut Ibnu Sina (2016).

Bidang kepakaran Prof Dr Abdull Rahim adalah Kimia Alam Sekitar dan Kimia Tak Organik. Antara kajian berkaitan alam sekitar yang penting yang telah dilakukan adalah kajian Arsenik dalam air bawah tanah di Kemboja, kajian banjir besar di Kelantan dan kajian cengkerang di perairan Johor. Semasa peristiwa pencemaran sisa bahan kimia di Pasir Gudang pada tahun 2019, beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Saintifik bagi menangani masalah tersebut. Jawatan beliau kini adalah Dekan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Shahiwan Ismail

Pengasas Suncrox Solar

Sebagai pengasas Suncrox Solar, Shahiwan mempromosikan aplikasi teknologi tenaga solar terutama untuk aplikasi bagi komuniti tanpa akses kepada grid elektrik di ASEAN.  Suncrox Solar telah  melengkapkan lebih 100 projek pemasangan solar termasuklah untuk pedalaman, pertanian, fasiliti peranginan dan juga bangunan komersial di 4 buah negara termasuk Malaysia. 

 Selain itu, Suncrox Solar juga aktif dalam melaksanakan inisiatif sosial di mana sebahagian hasil pendapatan dari projek komersial disalurkan untuk projek pemerkasaaan komuniti luar bandar termasuk kepulauan dan orang asli bagi menikmati kemudahan bekalan tenaga elektrik asas. Sehingga kini, lebih 1300 penerima manfaat telah menikmati solusi tenaga solar ini termasuklah di Malaysia, Asia  Tenggara dan Benua Afrika.

Registration is Closed

Share This Event

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2021 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png