Wed, Sep 09 | Workshoppe @AstroAWANI

CABARAN CINTA: Susah Senang Mencari & Menjaga Hubungan

Cinta itu hidup – indah – mempersona ataupun mengharapkan balasan? Apa maksud cinta untuk anda? Cinta tidak semestinya berpasangan. Bagaimana anda mencari cinta dan mengekalkan cinta. DAFTAR SEKARANG & dapatkan e-Buku “Pek Pemulaan Dating 101” PERCUMA + Sehingga 50% DISKAUN Pakej dari Lunch Actually
Registration is Closed

Date & Time

Sep 09, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM
Workshoppe @AstroAWANI

Speakers

Diva Senna, Jurulatih Kanan Temujanji, Lunch Actually

Sebagai Jurulatih Kanan Temujanji, Diva bertemu dengan calon bujang setiap hari untuk mendapatkan maklumat mengenai matlamat dan cabaran yang menyebabkan mereka masih kekal bujang. Dia melatih calon bujang dengan cara mempersembahkan penampilan diri dan juga cara pemikiran yang sesuai bagi membantu mereka mencapai matlamat hubungan yang diimpikan.

[Moderator]

Marlina Manaf, Editor, Astro AWANI

Marlina Manaf menyertai Astro AWANI pada 2007. Kariernya dalam bidang kewartawanan berkembang dari seorang wartawan penyiaran, penyampai dan kini menggalas tugas sebagai Editor di bilik berita.

Sepanjang berkhidmat, Marlina banyak terlibat dalam liputan penting. Ini termasuk Sidang Kemuncak APEC 2009 di Singapura. Liputan paling signifikan dikendalikan Marlina pula adalah MH370, MH17, nahas helikopter Semenyih, tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, nahas bas Genting Highlands serta tanah runtuh Cameron Highlands.

Membina kerjaya di Astro AWANI umpama merealisasikan impiannya sejak remaja mahu mencipta nama dalam dunia kewartawanan dan penyiaran.

Berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) dari Universiti Teknologi MARA, Marlina juga merupakan seorang yang lasak dan tidak gentar menyahut cabaran.

Minat Marlina dalam bidang ini tercetus selepas menonton filem 'Up Close & Personal', yang memaparkan kisah di sebalik tabir bilik berita. Sehingga kini, dia tetap memegang kata-kata watak utama filem itu, Tally Atwater bahawa "You are as good as the stories you tell".

Registration is Closed

Share This Event

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2021 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png